Saturday, August 22, 2015

Waiting 'the day'

Assalamualaikum

Kurang dari sebulan lg majlis perkahwinan aku akan berlangsung iaitu pada 20/9/2015. Can't wait anymore. tp persiapan mjlis di Kelantan masih lg dalam perancangan. Cuti merdeka ni aku akan amik masa utk balik kg utk setelkan semua persiapan yg masih tertangguh. Harap-harap sempat. 

Kad kawin pn belum pos lg. Isnin ni p amik kad kawin dan akan diedarkan secepat mungkin. Btw, majlis di Kelantan adalah pd 26/9/15. Jemput la dtg, nnt ak akan post kad kawin di cni 'kalau igt'

Friday, August 23, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam,

Masih belum terlambat untauk mengucapkan selamat hari raya sebab masih lagi berada di bulan Syawal yang dirahmati.

Saturday, June 15, 2013

Tribute to My Dad Hj Mustapha bin Hj Awang

Salam 1 Malaysia,

Malaysia secara amnya menyambut hari bapa pada hari Sabtu ketiga dalam bulan Jun. Oleh sebab itu, post kali ini adalah berkenaan dengan hari bapa. This is tribute to my only dad. Dilahirkan di Kampung Tok Junoh, sebuah kampung kecil di daerah Bachok, Kelantan pada tanggal 20 Jun 1950 dalam keluarga yang serba kekurangan dari segi wang ringgit mahupun limpahan nikmat kesenangan hidup tapi amat menitikberatkan aspek keagamaan dan pendidikan sehingga beliau dapat melanjutkan pengajian ke universiti. Sangat susah dapat melihat anak kampung yang serba kekurangan yang berusaha keras untuk melanjutkan pengajian ke menara gading pada masa itu disebabkan keterbatasan dari segi kewangan.




Beliau merupakan seorang ayah yang penyayang walaupun tidak ditunjukkan kepada semua anak-anaknya tapi kami tahu beliau amat penyayang. Beliau selalu menceritakan kepayahan hidup semasa beliau kecil seperti mendiami rumah yang serba kekurangan dan selalu berazam tidak mahukan anak-anak beliau mengharungi nasib yang sama seperti beliau kelak.

Dengan usaha yang berterusan, kesenangan dikecapi kini oleh beliau sekeluarga dan dengan itu saya sangat berterima kasih kepada Yang Maha Pencipta kerana telah mengurniakan seorang ayah seperti beliau.

Terima Kasih PAPA...


Sunday, August 12, 2012

Selamat Hari Raya

Genap lagi 7 hari untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan yang mulia dan menyambut kedatangan Syawal yang indah. Ramadhan yang akan meninggalkan kita dengan harapan segala amalan yang dilakukan dapat menjadi bekalan di akhirat kelak. Semoga tahun depan dapat bertemu dengan Ramadhan lagi. Apa pun, barang yang lepas tiada boleh dikembalikan kerana Syawal yang pasti akan menjelma untuk meraikan kemenangan menundukkan nafsu selama sebulan dengan harapan dapat ditundukkan sehingga kedatangan Ramadhan yang akan datang, InsyaALLAH. 

Pun begitu, dalam masa 7 hari ini, dalam kemeriahan untuk menyambut kedatangan Syawal, jangan dilupakan saki-baki amalan yang boleh dikerjakan selama mana Ramadhan masih lagi berlangsung. Kata ustaz, orang-orang alim menangisi kepemergian Ramadhan kerana tiada ketahuannya sama ada akan bertemu lagi atau tidak Ramadhan pada tahun-tahun yang kehadapan. Bagi yang cetek ilmunya, betapa gembira dirasakan menjelangnya Syawal kerana tiada lagi siksaan untuk berpuasa di siang hari, Nauzubillah.

Namun, masih ramai yang masih alpa dalam minggu terakhir ini untuk meningkatkan amalan semata-mata untuk menyiapkan kuih raya ataupun sibuk ke pusat beli belah untuk mencuba baju yang akan dikenakan pada pagi Syawal nanti. Pada minggu ini pertarungan di antara, masjid dengan pusat beli belah sangatlah sengit. Barang tidak diketahui mana yang akan tersungkur dan yang akan mencapai kemenangan.

Sama-sama kita fikirkan dan bermuhasabah diri sendiri.

Sunday, November 27, 2011

Iphone dh pakai celcom

Hri ni 1st time iphone guna celcom setelah setahun kontrak maxis yg amat merugikan...akhirnye selamat...

Saturday, November 12, 2011

Post via iphone

Salam,

1st time post via my iphone coz i just install this app to my iphone...

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam,

Di pengakhiran Ramadhan al-Mubarak ni dan bukan Syawal yang akan menjelma, aku nk minta maaf semua kesilapan dan kesalahan sbb sememangnya bulan Syawal adalah bulan bermaaf-maafan.

Ketidak balikkan ak ke kg membuatkan ak sentiasa merindui saat2 berhari raya di samping keluarga walaupn secara sederhana. Wlaupn begitu, 2hb ni ak akan balik jgk.

Kwn2 yg ada kat umah pd msa tu insyaALLAH kita akan ketemu jua.

Salam Aidilfitri dari Manjung,

Wlam