Monday, April 13, 2009

ADAB MEMBACA AL-QURAN SEPERTI TAFSIR SURAH AL-A'RAF






Adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi



1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT



2.Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.



3.Membaca dalam keadaan berwudhuk.



4.Mengadap ke arah kiblat.



5.Memulakan dengan at-Ta’awwuz.



6.Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.Walaupun begitu bagi yang ingin mengahfaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.



7.Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain.Al-Imam al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut, maka digalakkaan membaca dengan suara yang nyaring.- Ihya` Ulumiddin.



8.Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.



9.Membaca dengan mentadabbur dan menangis.

Tahukah Anda!!! Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh tentang sifat Allah menurut tafsiran orang-orang kafir. Sebagai contoh orang-orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-hambaNya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.



10.Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting.



11.Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.



12.Beramal dengan ajaran al-Quran itu.



13.Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai”. No 2085, hadith sahih mengikut syarat Muslim



14.Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.



15.Meletakkan target untuk mengkhatamkan al-Quran itu.



16.Memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al-Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa.



17.Dilarang membaca al-Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya.



18. Mengucup al-Quran kerana dkiaskan dengan mengucup al-Hajar al-Aswad kerana ia juga merupakan hadiyah Allah kepada.



19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad.



20.Meletakkan al-Quran pada tempat yang tinggi.



21.Berusaha untuk menghayati isi al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis.



22.Tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

Friday, April 10, 2009

FYP

sememangnye setiap pelajar engineering akan merasai FYP.....FYP adalah singkatan dpd final year projek....

ak tidak terkecuali sbb ak pn student engineering jgk...

ak sem nie wat projek MODELING AND SIMULATION THE TRANSIENT STABILITY OF TYPE 2 (IEEEG2) SPEED-GOVERNING BY USING DCPS.

projek ak nie boleh dikatakan berjaya sbb simulation ak tu kuar result..tp yg pastinye semua tu khayalan semata..hahaha...sbb yg sbenarnye simulation ak xjalan..abes yg kuar result tu ape??..ntah la,ak pn xtau dr mane dtg nye sume graf2 tue..

tp kali ni mmg truk la agaknye,mmg truk...bru kjap ak dpt thu panel yg akan menilai ak mase presentation adalah...jeng je jeng.....................Ir Zulkefli b Yaakob ngan Cik Dalina....

Ir Zul ni mmg dikenali oleh semua pelajar electrical engineering sbg sorg yg tegas,cerewet,perfectionate dll lain2 sifat yg mmg akan mendebarkan pelajar yg pernah ada dlm kelas die...

ak ni ape lg...mmg cuak giler la...tp ntah la...redha je la....ape2 yg akan jd kelak...

mmg terasa bahangnye utk present FYP kali nie...

kalu nk dptkan grade 'C', ak rasa dpt...tp xkn la dpt C je utk 5 credit hour...paling kurang n gak rasa 'A'...kah kah kah..demand tinggi tue....

take it as challenge in my life...haha..tp dlm perut ni mcm dh nk pecah...cuak wooookkk....

k lh...nk mencuakkan dri dlu...salam....

Thursday, April 9, 2009

Apabila Manusia Hilang Sifat Malunya

Keimanan bukan hanya persoalan atau urusan berkaitan dengan rohani dan jiwa semata-mata. Namun, lebih daripada itu, ia mempunyai kaitan yang erat dengan apa yang dizahirkan sama ada melalui pertuturan mahupun juga perbuatan atau tingkah laku. Dengan kata-kata lain, akhlak dan keperibadian yang dapat dilihat pada zahirnya merupakan jelmaan daripada apa yang terkandung dalam jiwa. Jika teguh atau kukuh iman yang dimiliki, maka indahlah akhlak yang dipamerkan. Begitulah juga sebaliknya, seandainya lemah iman dalam jiwa, akan rosak serta runtuhlah akhlak diri.

Salah satu cabang atau sifat yang lahir daripada keimanan yang teguh termasuklah malu. Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Nabi s.a.w. bersabda, "Iman mempunyai lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang; yang paling utama ialah perkataan "La ilaha illallah" (Tiada Tuhan melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang berbahaya dari jalanan dan sifat malu merupakan satu cabang daripada iman itu." (Muttafaq `Alaih). Dalam erti kata sebenarnya, malu merupakan perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindari segala perkara yang keji, sebaliknya menggesa supaya dilakukan perkara-perkara yang baik lagi terpuji. Desakan dan gesaan itu pula sudah pasti datangnya daripada jiwa yang hidup dan sedar akan pengawasan Allah s.w.t. terhadap setiap gerak-geri dan perbuatan yang dilakukan. Dengan yang demikianlah, terpeliharalah zahir dan batin seseorang daripada segala unsur serta perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t.

Malu seperti ini dikatakan sebagai malu akan Allah s.w.t. dan ia merupakan salah satu akhlak mulia dan sifat paling utama. Ini kerana, orang yang memiliki sifat malu terhadap Penciptanya sentiasa berusaha melaksanakan perintah serta meninggalkan larangan-Nya walau di mana sahaja ia berada; sama ada bersendirian mahupun di khalayak ramai. Sebaliknya bagi orang yang hanya malu akan manusia, ia akan berusaha memelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan keaiban atau berusaha melakukan kebaikan hanya apabila berada di kalangan manusia. Apabila tiada sesiapa yang melihat dirinya, ia akan melakukan apa sahaja bentuk kejahatan yang diingini atau didorong oleh nafsunya atau juga meninggalkan kebaikan serta tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Ada waktunya pula rasa malu terhadap manusia juga hilang lenyap begitu sahaja dan ia berani melakukan perkara-perkara yang keji atau meninggalkan kebaikan apabila dilihatnya manusia sekeliling juga sama seperti dirinya.

Pada hakikatnya, sifat malu terbentuk melalui dua cara. Pertama, ia telah sedia wujud dalam diri seseorang sejak lahir ke dunia dan kedua, dipupuk melalui usaha mengenal Allah dan menginsafi kebesaran serta penguasaan-Nya lagi menyeluruh ilmu pengetahuan-Nya. Sifat malu yang terbentuk melalui usaha yang gigih ini merupakan setinggi-tinggi iman yang termasuk dalam tingkatan ihsan yang amat terpuji. Sebagaimana yang diketahui, ihsan merupakan kemuncak bagi segala amalan dalam agama dan dalam soal menyembah serta mengabdikan diri kepada Allah s.w.t., jiwa diserahkan sepenuhnya kepada-Nya. Selain itu, kewujudan dan kehadiran Allah s.w.t. sentiasa dirasai pada setiap saat dan ketika sehingga tidak memungkinkan seseorang melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan-Nya. Sifat malu yang diperoleh melalui dua keadaan atau cara ini begitu diperlukan oleh manusia sebagai asas kekuatan diri dalam mengharungi kehidupan di dunia yang sarat dengan ujian ini.

Betapa malangnya bagi manusia yang telah dibekalkan dengan sifat malu sejak lahir ke dunia ini, namun akhirnya kehilangan sifat malu tersebut kerana kecuaian dirinya sendiri membiarkan diri dihanyutkan dan diperdaya oleh nafsu. Demikian juga dengan manusia yang tidak sama sekali berusaha memupuk sifat malu dalam dirinya dengan berusaha mengenal Allah dengan sempurna lalu menjadi hamba-Nya yang benar-benar bertaqwa. Betapa sia-sianya hidup seandainya tidak dibimbing oleh ketaqwaan dan betapalah ruginya pula manusia yang tidak dapat memanfaatkan kebaikan besar yang ada pada sifat mulia seperti sifat malu. Daripada `Imran bin Husain r.a., beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan." (Muttafaq `Alaih) Dalam riwayat Muslim pula disebut, "Sifat malu itu baik seluruh akibatnya." Malu yang dimaksudkan dalam Hadith ini ialah malu melakukan kejahatan atau perkara yang tidak sopan.

Sebagaimana yang dinyatakan, perasaan malu yang mendorong seseorang mendekati kebenaran serta kebaikan dan menghalangnya mendekati kemungkaran adalah mulia dan amat terpuji. Namun, ada juga sifat malu yang tercela dan tidak digalakkan, misalnya malu untuk mengatakan atau melakukan sesuatu yang benar, sedangkan tidak wujud sebarang halangan untuk berbuat demikian. Sebagai contoh ialah malu untuk menyeru supaya sesuatu kebaikan dilaksanakan atau untuk menegakkan kebenaran dan keadilan atau juga mencegah kemungkaran. Ia berkemungkinan didorong oleh kebimbangan bahawa tindakan atau pandangan yang diberikan bertentangan dengan pendirian orang lain yang pada hakikatnya, jelas tidak menurut pandangan agama atau akhlak Islami. Sifat malu seperti ini tidak dapat diterima sama sekali oleh agama Islam dan merupakan lambang sifat pengecut yang sangat dicela.

Demikian juga malu untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan ilmu pengetahuan. Dalam hubungan ini, Sayyidina `Aisyah r.a. pernah menyatakan pujian terhadap kaum wanita Madinah kerana mereka tidak pernah sama sekali malu untuk bertanya tentang perkara-perkara berkaitan dengan agama, "Sebaik-baik wanita ialah wanita-wanita Ansar yang tidak dihalang oleh perasaan malu mereka untuk bertanya tentang perkara (urusan) agama mereka."

Pada hari ini, kita dapat melihat bagaimana sifat malu pada manusia, termasuklah umat Islam, semakin pudar atau telah hilang sama sekali. Kemungkaran, kemaksiatan, pengkhianatan, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan sebagainya dilakukan secara berleluasa oleh segenap lapisan masyarakat tanpa segan-silu. Jika ada pun anggota masyarakat yang membenci kemungkaran dan penyelewengan yang dilakukannya, sebahagian besar daripada mereka tidak berani menyatakan pendirian kerana masing-masing diselubungi sifat malu yang tidak bertempat dan dilanda rasa takut yang tidak berasas. Budaya menyeru kebaikan serta menghalang kemungkaran yang merupakan asas kekuatan dan kelebihan mereka sebagai umat Islam tidak lagi diamalkan. Nasihat dan teguran menjadi sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka. Sebahagian kecil anggota masyarakat yang cuba memberikan teguran dan nasihat dianggap sebagai musuh dan hanya bertujuan menimbulkan fitnah serta kacau-bilau. Demikianlah mereka terus hanyut dalam perbuatan dosa dan kemungkaran yang kelihatan tidak berupaya dihentikan. Tiada yang diusahakan melainkan untuk membuat masyarakat sekeliling menerima segala tindakan serta perbuatan mereka yang keji lagi tercela meskipun mereka menyedari hakikat dan kedudukan perbuatan serta tindakan mereka.

Malang sekali kerana mereka melupai bahagian dan balasan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. bagi setiap usaha serta perbuatan hamba-hamba-Nya. Daripada Abu Mas`ud, `Uqbah bin `Amru al-Ansari al-Badri r.a., beliau berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya antara perkara yang diperoleh manusia daripada perkataan Nabi yang terdahulu ialah sekiranya kamu tidak malu maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki." (Bukhari) Hadith ini mengandungi dua pengertian. Pertama, sebagai ancaman, iaitu seandainya seseorang tidak malu maka lakukanlah apa sahaja yang dikehendakinya dan Allah s.w.t. akan membalas setiap perbuatannya. Kedua, sebagai suruhan, iaitu jika perbuatan yang hendak dilakukan itu tidak memalukan sesiapa pun, sama ada bagi diri sendiri atau bagi Allah, atau bagi manusia yang lain kerana perbuatan tersebut merupakan perkara yang baik, maka lakukanlah sebagaimana yang dikehendaki.

Wednesday, April 8, 2009

fast and furious 4

ptg ni ak ngan dak2 umah ak(kama,zali,kime,[mamat+mar],matyi,dilah)pegi tgk cite fast and furious 4 kat JJ bukit raja...amik kesempatan sbb TGV ari promosi mmg hri murah. RM6 je...

rasa2 nye mcm berbaloi la...ok la gak citer die...action ada...drama pon ada gak...xde la bosan sgt..sbb ak ni jnis xlah stay lama dlm cinema.sbb selalunye tdo..mbazir je bli tiket mahal2..kakaka...

ending die mcm tergantung sket..biasa la citer hollywood nie..die nk wat smbungan la tue..

tp yg best nye sblum g JJ, siap booking tue dlm tenet kot wabsite TGV.siang2 die ckp suh g claim 45mintues b4 start.alik2 g kol 1.20ptg..movie stat kol 1.40ptg..dpd elok2 booking seat blkang,tetiba leh seat depan...tp ok gak ar,sbb xde la dpn sgt...

pe2 pon ptg ni best la..layan citer action sket sblum present projek rabu(15/4/09)..risau lak kalu pk present nie...hahaha...lantak die la..k la chow dlu...salam

1st time nie

pertame skali ak nk ucap selamat smpai ke alam blogger nie...wakakaka...lawaknye...mcm xcaye ak leh tulis blog nie...kui kui kui...

pg yg dingin ni terbukak plak rasenye ak nk wat blog mcm kebanyakan kwn ak yg dh byk wat blog....nmpak mcm mnarik je tulis bnda nie....tp yg pastinye xtau lg smpai ble ak leh bertahan leh tulis blog....coz,ak ni bukan jnis ske tulis2 bnda nie....

tepat jam 8.00pg 8/4/09 ak scara rasminye jd blogger....haha...mcm byk je dlm kepala ni nk tulis...tp utk mase ni je la...xtau la esok kering lak kepala ak nie...xdpt nk mengarang esei pnjang2 mcm blog org len....

fuh...letih nye menaip...dh la....ckup la dulu sbg permulaan...haha..salam....