Sunday, August 12, 2012

Selamat Hari Raya

Genap lagi 7 hari untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan yang mulia dan menyambut kedatangan Syawal yang indah. Ramadhan yang akan meninggalkan kita dengan harapan segala amalan yang dilakukan dapat menjadi bekalan di akhirat kelak. Semoga tahun depan dapat bertemu dengan Ramadhan lagi. Apa pun, barang yang lepas tiada boleh dikembalikan kerana Syawal yang pasti akan menjelma untuk meraikan kemenangan menundukkan nafsu selama sebulan dengan harapan dapat ditundukkan sehingga kedatangan Ramadhan yang akan datang, InsyaALLAH. 

Pun begitu, dalam masa 7 hari ini, dalam kemeriahan untuk menyambut kedatangan Syawal, jangan dilupakan saki-baki amalan yang boleh dikerjakan selama mana Ramadhan masih lagi berlangsung. Kata ustaz, orang-orang alim menangisi kepemergian Ramadhan kerana tiada ketahuannya sama ada akan bertemu lagi atau tidak Ramadhan pada tahun-tahun yang kehadapan. Bagi yang cetek ilmunya, betapa gembira dirasakan menjelangnya Syawal kerana tiada lagi siksaan untuk berpuasa di siang hari, Nauzubillah.

Namun, masih ramai yang masih alpa dalam minggu terakhir ini untuk meningkatkan amalan semata-mata untuk menyiapkan kuih raya ataupun sibuk ke pusat beli belah untuk mencuba baju yang akan dikenakan pada pagi Syawal nanti. Pada minggu ini pertarungan di antara, masjid dengan pusat beli belah sangatlah sengit. Barang tidak diketahui mana yang akan tersungkur dan yang akan mencapai kemenangan.

Sama-sama kita fikirkan dan bermuhasabah diri sendiri.