Tuesday, March 23, 2010
The Story
Tell you the story of who I am
So many stories of where I've been
And how I got to where I am
But these stories don't mean anything
When you've got no one to tell them to
It's true...I was made for you
I climbed across the mountain tops
Swam all across the ocean blue
I crossed all the lines and I broke all the rules
And baby I broke them all for you
Oh because even when I was flat broke
You made me feel like a million bucks
You do and I was made for you
You see the smile that's on my mouth
It's hiding the words that don't come out
And all of my friends who think that I'm blessed
They don't know my head is a mess
No, they don't know who I really am
And they don't know what I've been through like you do
And I was made for you...
All of these lines across my face
Tell you the story of who I am
So many stories of where I've been
And how I got to where I am
Oh but these stories don't mean anything
When you've got no one to tell them to
It's true...I was made for you
Oh yeah and its true, that I was made for you
Tuesday, March 9, 2010
Ciri-ciri Wanita yang Disenangi Lelaki
Wanita :-
1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami
Lelaki :-
1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas
Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri.
Sabda Rasulullah s.a.w:
وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ
Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud:
“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu."
Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:
Isteri :-
1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.
Suami :-
1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kearah yang tepat.
Wednesday, March 3, 2010
Tips on Becoming a Teacher
1. are good at explaining things
2. keep their cool
3. have a sense of humor
4. like people, especially students in the age range in which they intend to teach
5. are inherently fair-minded
6. have a command of the content they teach
8. set high expectations for their students and hold the students to those expectations
9. are detail oriented
10. are good managers of time
11. can lead or follow, as the situation demands
12. don't take things for granted
13. have some "hard bark" on them
by Dr. R. J. Kizlik
122 KEDIAMAN TERLIBAT DALAM PERCUBAAN PERKHIDMATAN JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) TM
- Kerja perlaksanaan HSBB ke atas peralatan dan kabel gentian optik memerlukan kerja fizikal yang agak intensif di kediaman pelanggan
Percubaan perkhidmatan ini akan memberi peluang kepada TM untuk menguji sistem, proses, metodologi pemasangan gentian dan sebagainya dengan perancangan untuk menawarkan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatan apabila perkhidmatan komersial ditawarkan pada akhir suku tahun pertama 2010. Para penguji beta tersebut sedang mengalami dan menikmati akses rangkaian berkelajuan 15Mbps yang disertakan dengan perkhidmatan tiga serangkai (‘triple play’) merangkumi Suara, Video dan Data yang berkaitan yang bakal digabungkan bagi melengkapi pakej runcit komersial HSBB yang akan diumumkan oleh TM tidak lama sebelum tarikh pelancarannya nanti. Baru-baru ini, TM juga telah selesai menjalankan dua kajian pengguna untuk menentukan komposisi dan harga pakej runcit HSBB yang terbaik yang akan merangkumi perkhidmatan asas dan tambah nilai.
Menurut Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM, “Saya ingin memberi jaminan kepada kesemua pelanggan awal yang berminat bahawa pakej runcit HSBB yang akan diperkenalkan tidak lama lagi adalah menarik dari segi nilai dan pada harga yang berpatutan. Ini kerana kami ingin menggalakkan seramai mungkin pelanggan awal di keempat-empat kawasan tersebut untuk melanggani perkhidmatan ini. Kami berharap pengalaman positif mereka akan menjadi pengesahan kepada seluruh negara apabila HSBB ditawarkan di kawasan mereka kelak.”
HSBB menjanjikan kelajuan akses rangkaian (kelajuan port) yang lebih pantas dari kelajuan terpantas Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum (BBGP) yang kini ditawarkan pada kelajuan sehingga 4Mbps oleh perkhidmatan sedia ada TM, Streamyx. HSBB juga mensasarkan prestasi rangkaian yang menyeluruh dan unggul, termasuk lebar jalur antarabangsa – berdasarkan pelaburan TM dalam pelbagai sambungan dasar laut, termasuk rangkaian kabel Asia-America Gateway (AAG), yang baru diaktifkan pada 10 November 2009.
“Memandangkan bahawa pemasangan infrastuktur gentian sambungan akhir kami di Malaysia masih baru diperkenalkan dan keadaan sensitif semasa pemasangan gentian ke rumah (Fiber-to-the-Home – FTTH) yang memerlukan darjah ketepatan yang tinggi, masa pemasangan di premis dianggarkan memakan masa dari 6 hingga 8 jam kerana ia melibatkan kajian tapak, penggerudian, kerja-kerja jerejak, pemasangan paip, kerja-kerja elektrik dan akhirnya konfigurasi peralatan. Ini pengalaman biasa yang dilalui oleh semua syarikat telekomunikasi di seluruh dunia yang terlibat dalam perlaksanaan FTTH,” jelas Dato’ Zamzamzairani.
Sehingga kini, TM telah memasang infrastruktur persediaaan HSBB untuk 143,000 premis dengan sasaran melengkapkan sejumlah 150,000 premis sebelum akhir 2009. Sebelum akhir 2009, TM juga menjangka akan melengkapkan kerja-kerja naik-taraf fizikal sepenuhnya di empat ibu sawat utama di Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya, Shah Alam dan Bangsar. Kerja-kerja akses gentian fizikal kini sedang berlangsung di 44 daripada 95 ibu sawat di seluruh negara yang dirancang untuk diliputi oleh perlaksanaan perkhidmatan awal HSBB.
Sehingga akhir 2012 – berdasarkan kelengkapan fasa pertama projek nasional HSBB yang dipersetujui dengan Kerajaan – kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara akan mendapat akses ke perkhidmatan HSBB. Kawasan-kawasan tersebut yang dipilih sebagai Zon 1, yang akan diberi perkhidmatan tersebut termasuklah Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan kawasan industri yang penting di seluruh negara.
Sehingga kini, perbelanjaan modal TM dari suku keempat 2008 sehingga 30 Oktober 2009 adalah RM1.4 bilion, merangkumi akses sambungan akhir, perlaksanaan IP teras dan penambahan kapasiti rangkaian antarabangsa. TM telah menerima pembayaran balik kerajaan untuk kerja-kerja ini, yang selari dengan komitmen yang dinyatakan di bawah perjanjian PPP.
###
Mengenai TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 11,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.
Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my