Wednesday, March 3, 2010

122 KEDIAMAN TERLIBAT DALAM PERCUBAAN PERKHIDMATAN JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) TM

TM berada di landasan yang betul untuk menawarkan perkhidmatan HSBB secara komersial di Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Subang Jaya dan Shah Alam pada akhir suku pertama, 2010
  1. Kerja perlaksanaan HSBB ke atas peralatan dan kabel gentian optik memerlukan kerja fizikal yang agak intensif di kediaman pelanggan
Kira-kira 122 kediaman di Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Subang Jaya dan Shah Alam kini terlibat di dalam percubaan perkhidmatan runcit HSBB, yang merupakan sebahagian daripada rancangan progresif Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk menawarkan perkhidmatan komersial jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) di empat kawasan ini sebelum akhir suku pertama, 2010.

Percubaan perkhidmatan ini akan memberi peluang kepada TM untuk menguji sistem, proses, metodologi pemasangan gentian dan sebagainya dengan perancangan untuk menawarkan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatan apabila perkhidmatan komersial ditawarkan pada akhir suku tahun pertama 2010. Para penguji beta tersebut sedang mengalami dan menikmati akses rangkaian berkelajuan 15Mbps yang disertakan dengan perkhidmatan tiga serangkai (‘triple play’) merangkumi Suara, Video dan Data yang berkaitan yang bakal digabungkan bagi melengkapi pakej runcit komersial HSBB yang akan diumumkan oleh TM tidak lama sebelum tarikh pelancarannya nanti. Baru-baru ini, TM juga telah selesai menjalankan dua kajian pengguna untuk menentukan komposisi dan harga pakej runcit HSBB yang terbaik yang akan merangkumi perkhidmatan asas dan tambah nilai.

Menurut Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM, “Saya ingin memberi jaminan kepada kesemua pelanggan awal yang berminat bahawa pakej runcit HSBB yang akan diperkenalkan tidak lama lagi adalah menarik dari segi nilai dan pada harga yang berpatutan. Ini kerana kami ingin menggalakkan seramai mungkin pelanggan awal di keempat-empat kawasan tersebut untuk melanggani perkhidmatan ini. Kami berharap pengalaman positif mereka akan menjadi pengesahan kepada seluruh negara apabila HSBB ditawarkan di kawasan mereka kelak.”

HSBB menjanjikan kelajuan akses rangkaian (kelajuan port) yang lebih pantas dari kelajuan terpantas Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum (BBGP) yang kini ditawarkan pada kelajuan sehingga 4Mbps oleh perkhidmatan sedia ada TM, Streamyx. HSBB juga mensasarkan prestasi rangkaian yang menyeluruh dan unggul, termasuk lebar jalur antarabangsa – berdasarkan pelaburan TM dalam pelbagai sambungan dasar laut, termasuk rangkaian kabel Asia-America Gateway (AAG), yang baru diaktifkan pada 10 November 2009.

“Memandangkan bahawa pemasangan infrastuktur gentian sambungan akhir kami di Malaysia masih baru diperkenalkan dan keadaan sensitif semasa pemasangan gentian ke rumah (Fiber-to-the-Home – FTTH) yang memerlukan darjah ketepatan yang tinggi, masa pemasangan di premis dianggarkan memakan masa dari 6 hingga 8 jam kerana ia melibatkan kajian tapak, penggerudian, kerja-kerja jerejak, pemasangan paip, kerja-kerja elektrik dan akhirnya konfigurasi peralatan. Ini pengalaman biasa yang dilalui oleh semua syarikat telekomunikasi di seluruh dunia yang terlibat dalam perlaksanaan FTTH,” jelas Dato’ Zamzamzairani.

Sehingga kini, TM telah memasang infrastruktur persediaaan HSBB untuk 143,000 premis dengan sasaran melengkapkan sejumlah 150,000 premis sebelum akhir 2009. Sebelum akhir 2009, TM juga menjangka akan melengkapkan kerja-kerja naik-taraf fizikal sepenuhnya di empat ibu sawat utama di Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya, Shah Alam dan Bangsar. Kerja-kerja akses gentian fizikal kini sedang berlangsung di 44 daripada 95 ibu sawat di seluruh negara yang dirancang untuk diliputi oleh perlaksanaan perkhidmatan awal HSBB.

Sehingga akhir 2012 – berdasarkan kelengkapan fasa pertama projek nasional HSBB yang dipersetujui dengan Kerajaan – kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara akan mendapat akses ke perkhidmatan HSBB. Kawasan-kawasan tersebut yang dipilih sebagai Zon 1, yang akan diberi perkhidmatan tersebut termasuklah Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan kawasan industri yang penting di seluruh negara.

Sehingga kini, perbelanjaan modal TM dari suku keempat 2008 sehingga 30 Oktober 2009 adalah RM1.4 bilion, merangkumi akses sambungan akhir, perlaksanaan IP teras dan penambahan kapasiti rangkaian antarabangsa. TM telah menerima pembayaran balik kerajaan untuk kerja-kerja ini, yang selari dengan komitmen yang dinyatakan di bawah perjanjian PPP.

###

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 11,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my

Wednesday, February 24, 2010

Mungkir Janji Kahwin: Boleh Tuntut Ganti Rugi

"Sampai hati awak tiba-tiba berubah hati! Pelamin dah sedia, kad jemputan pun sudah diedar, tapi tiba-tiba tak nak kahwin dengan saya." Mungkin inilah kata-kata berbaur kecewa yang terluah daripada pihak yang menjadi mangsa mungkir janji untuk berkahwin. Bukan sahaja mangsa akan berasa sedih dan kecewa, tetapi juga akan berasa malu dan menanggung kerugian dari sudut wang ringgit dan material. Sesetengahnya akan mengalami trauma untuk jangka masa tertentu dan ia pastinya akan turut dialami oleh ahli keluarga yang lain terutamanya ibu bapa dan adik-beradik.

Jangan menganggap kekecewaan dan kerugian ini sebagai suatu kemalangan yang perlu ditanggung deritanya oleh pihak mangsa tanpa sebarang pembelaan undang-undang. Berdasarkan kepada mafhum ayat al-Quran dalam Surah al-Maidah, ayat 1 Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah segala janji-janji kamu...", Undang-undang Keluarga Islam memperuntukkan satu seksyen dalam perkara pertunangan berkenaan dengan remedi terhadap pemungkiran janji untuk berkahwin.

Seksyen berkenaan memperuntukkan bahawa, "Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah".

Perkahwinan bukan perkara main-main yang boleh dipandang ringan. Ia melibatkan nasib malah setiap inci perkara dalam kehidupan seseorang dalam meneruskan rutin hariannya. Disebabkan ia suatu perkara yang amat penting, maka, agama Islam menyediakan satu medium yang tujuannya adalah untuk memberi tempoh kepada kedua-dua belah pihak untuk berkenalan dan melihat sejauh mana wujudnya potensi keserasian kepada pihak-pihak yang terlibat untuk membina alam rumah tangga dan keluarga. Baginda Rasulullah SAW menyarankan supaya pertunangan yang dijalinkan itu agar dirahsiakan. Tujuannya agar maruah dan nama baik kedua-dua belah pihak dapat dijaga dan dipelihara sekiranya didapati tidak wujud persefahaman atau keserasian antara mereka yang terlibat. Ataupun, perkahwinan tidak dapat dilangsungkan atas sebab-sebab yang munasabah menurut syarak.

Sebagai agama yang menekankan soal adab dan akhlak, maka seharusnya tempoh pertunangan dilalui dalam jangka masa yang munasabah, kerana ia dapat memberi masa yang selesa kepada kedua-dua belah pihak untuk membuat penilaian dan keputusan. Sekalipun pembatalan pertunangan perlu dilakukan oleh sebelah pihak, namun seelok-eloknya biarlah ia dilakukan secara yang berhemah dan beradab serta dilakukan awal sebelum pihak satu lagi membuat sebarang persediaan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Namun, sekiranya pembatalan pertunangan atau pemungkiran janji untuk berkahwin dibuat tanpa alasan munasabah, apatah lagi sebelah pihak telah pun membuat persediaan untuk mengadakan majlis pernikahan, maka berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang dinyatakan sebelum ini, pihak yang dimungkiri janji boleh membuat tuntutan ganti rugi melalui Mahkamah Syariah.

Ganti rugi yang akan ditaksirkan oleh pihak mahkamah adalah berdasarkan kepada segala perbelanjaan dan persediaan yang telah dilakukan oleh pihak berkenaan berhubung dengan majlis perkahwinan tersebut. Pihak yang mungkir janji juga bertanggungjawab untuk memulangkan semula segala hadiah pertunangan yang diterima sekiranya ada. Dan jika barang tersebut sudah tiada atau lupus umpamanya makanan atau barang kosmetik yang telah digunakan, maka ia perlu ditaksirkan dan dibayar menggunakan wang sebagai ganti rugi.

Dalam kes Aishah lawan Jamaluddin (1978), pihak lelaki telah mungkir janji untuk berkahwin dengan pihak perempuan. Aishah menuntut pembayaran mas kahwin berjumlah RM25, belanja kahwin RM800 dan mendakwa dia berhak untuk terus menyimpan cincin pertunangan. Kadi Besar Kedah ketika menjadi hakim bagi kes berkenaan telah membuat keputusan dengan memerintahkan pihak Jamaluddin untuk membayar ganti rugi mengikut perjanjian pertunangan dan Aishah juga berhak untuk terus menyimpan cincin pertunangan yang dihadiahkan kepadanya. Selain itu, hakim juga memerintahkan supaya Jamaluddin membayar kos baju pengantin kepada Aishah yang telah disiapkan untuk perkahwinan dan juga RM400 sebagai pembayaran untuk membaiki rumah yang dilakukan khusus bagi persediaan majlis perkahwinan.

Manakala dalam kes Salbiah Othman lawan Haji Ahmad Abdul Ghani (2002), pihak perempuan sebagai pihak yang telah dimungkiri janji untuk berkahwin telah membuat tuntutan ganti rugi keaiban dan ganti rugi perbelanjaan yang merangkumi persiapan untuk pertunangan dan persiapan untuk perkahwinan. Dalam tuntutan Salbiah terhadap ganti rugi keaiban, Mahkamah Tinggi Syariah Seremban telah menolak permohonan beliau kerana percaya bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tuntutan atau permohonan ini dan Mahkamah Tinggi Sivil adalah forum yang lebih layak untuk membicarakannya. Ini disebabkan hal tersebut berkaitan dengan ganti rugi am kerana keaiban, tohmahan masyarakat, penderitaan, tekanan jiwa dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah telah meluluskan permohonan Salbiah terhadap sebahagian tuntutannya yang merangkumi kos baju pengantin, tempahan persalinan, tempahan langsir dan cadar, deposit khemah dan katil serta kos jemputan yang merangkumi barangan runcit dan basah.

Rumusan kepada perbincangan ini adalah satu pengajaran kepada kita semua supaya tidak melakukan satu-satu perkara mengikut kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan perasaan dan kesejahteraan orang lain apabila ia melibatkan sebarang janji. Bagi mereka yang dimungkiri janji, ubatilah hati dan kekecewaan dengan inti pati Hadis Rasulullah SAW yang memberi maksud bahawa, "Orang-orang Islam terikat dengan perjanjian mereka dan perkara-perkara yang mereka telah bersetuju"; maksud ini membawa nilai bahawa kesedihan mereka dibayar dengan perlindungan undang-undang sebagaimana yang telah disyariatkan.

Monday, February 1, 2010

life must go on...

salam....
hri isnin 1hb 2 2010 ni adalah hari wilayah...pekerja2 yg duk KL,PJ(putrajaya) ngan labuan best la cuti ye diorg...ak gak duk perak xcuti...hehehe...nnt tiba la giliran cuti ko nye....hhahahaha....

dh msuk bulan ke 4 ak dlm tnb nie...sebuah company yg pd awlnye ata pd luarnye gah di mata kwn2 ak..malahan saudara mara ak pn mula mengatur strategi utk memasukkan anak2 mereka dalam compay ni melalui ak....hehehe...igt ak HR ke ape??tp apakan daya...ak still stuck at Manjung nie...xpe la..kwn2 ak ckp rehat la selagi masih boleh berehat...nnt keja dh mula belambak..dh xleh nk rehat lg dh...so,masa tu bru la rasa nk rehat pn dh xleh.so,skang ni ak mempraktikkan masa rehat yg ideal...hahaha....sori la wahai mentor ku...sib baik die baik...kalu x..tetiap hari ak kna tiau kat die...hehehe....

ak dh mula memikikan post ak kat tnb nie....benar2 wujud ke ataupn fake semata2....sbb intake kali ni mmg rmai...ckup rmai...plus lg ngan PEP latest ni nk tmbah lg 100.risau gak ak...tempat ak ni dh la xde keje sgt...so,mcm mne ak nk perform..silap buat lepas tempoh percunaan stahun ni ak dibuang tnb...perkara ini amat memalukan beberapa generasi anak2 ak kelak...risau2...

tp xpe....ak harapkan kat mentor ak ni je yg akan mengkonfirmkan ak....even ak ni xbrapa nk perform sgt...hehe...TQ syawal.....

fuuuuhhhh...ngantok seh...tdo dlu...

wlam...

Wednesday, January 27, 2010

kebebasan ada batasnya

salam ukhwah.....

seperti yg kita maklum sorg blogger dh ditangkap polis gara2 keceluparannye menghina almarhum sultan johor....

kita hidup di bumi ALLAH ini pn ada peraturan...seperti juga negara kita....sebelum berkata2 igt ALLAH. tu yg penting....ni lah jadinya kalu ALLAH kite tak igt..ni lah contohnye...

pendek lagi berkesan

wassalam...

Friday, January 15, 2010

Sertai TNB

salam...

jom pakat ramai2 sertai company keempat terbaik negara, TNB....

layari website TNB utk maklumat lanjut.....

Sebelum 16/1/2010...

salam ukhwah dan takzim....

Saturday, November 28, 2009

Bermulanye Satu Era Baru

Salam...

Di hari raya qurban ni ak nk menyusun sepuluh jari meminta ampun maaf jika ada sebarang kesalan yang disengajakan ataupn tidak disengajakan selama korg membaca atau mengikuti blog ak nie.... Hari raya kali ni ada sedikit kekurangan disebabkan my parents kat Mekah mengerjakan ibadah haji. Semoga diorang mendoakan terbaik utk ak...

Berbalik kpd tajuk yg ak tulis kat atas tu sebenarnye ak ingin menceritakan serba sedikit pengalaman ak selama sebulan ni.... Amat indah...segala pahit jerih yg ak alami menjadikan diri ak sbg manusia yg lebih berguna.

Pd awal bulan ni, 2hb ak telah mengikuti kusus aka induksi sbg staff baru TNB ataupun dikenali sbg Program Eksekutif Pelatih (PEP) ak ni kirenye batch yg ke 34. hampir seminggu di sana, pelbagai penerangan diajar utk kami. Ala biasa la kn...utk staff baru, ada je la yg die brief serba sedikit utk memperkenalkan TNB secara kasarnye....kusus ni diadalan selama 6 hari (isnin - sabtu). Juga dimaklumkan separuh dpd 288 pelatih (lebih kurang) akan menjalani kusus bina insan, di Outward Bound Malaysia (OBM), Lumut, ak juga termasuk.

Pada hari ahad tu ak ke OBM utk menjalani kusus bina insan selama 2 mggu. 1st day smpai kami diberi taklimat serba sedikit oleh pengurus OBM yg menjaga pelatih2 TNB. Kami semua diberikan kumpulan. Nama kumpulan semuanya adalah nama-nama bukit dan juga gunung di Mesia. Ak dipanggil utk kumpulan Irau bersama 14 org lagi.

Byk la jgk yg ak blaja ble join grup nie..mcm2 ragam manusia yg ada...padahal baru 14 org...adayg ske merajuk...ada yg ske gelak...ada yg pendiam...ada yg takut air...ada yg ske marah org...dan ada jgk yg ske becakap, mulut xpanah nk duk diam...

antara aktiviti yg menarik dan xkan ak lupakan sampai ble2 adalah 1st xpdc ak...whaler..kaluh whaler smpai Pulau Rumbia aka pulau babi..hihi...sbb kat sna ada 2 ekor babi yg bdak2 pompuan sgt takut..pdhal mcm jinak...betolak dri OBM kol 9 pg dan sampai pkul 2 ptg...tanpa bantuan angin kami 15 org + kak Zah yg duk saje..bagai nk gile duk atas whaler tu..ngan pana nye....smpai sana kami dijemput oleh babi..hahaha...so interesting...kakaka....mlm tu ujan lak...adoi, xleh nk tdo...esk nye balik pn sama,xde angin yg membantu....lagi lama...stat gerak kol 8 pg dan sampai kol 3 ptg...jarak antara base kitorg ngan pulau tu lebih kurang 25km....

pastu xpdc kedua adalah kayaking...yg ni best sbb dkt ke...ke teluk segadah kalu xsilap ak, kat pulau pangkor...ustaz yg lead kitorang...1 kayak 2 org..so, ak pair nan mat du...sbb kalu ak penat ak bleh cilok..hehehe..pd mlm tu pn sama ujan jgk,xleh nk tdo sgt...lebat plak tu...tp yg best kat sna adalah pantainye bg bersih..lawa siot...

3rd xpdc adalah jungle tracking...yg ni pn ala2 whaler jgk tahap kecipanan letih die...masa pergi kirong melalui 1 peak...best gak...cpt smpai...kak zah dan kak an byk membantu...tanpa diorng mmg sesat la kitorg..nk harapkan navigator tu...fuh....ntah kemana la kitorng prgi...hehehe...sori ek myra n timah....smpai sna ada 1 tasik lombong kot...luas sgt....byk ikan plak tue....tmpat kitorg bekemah ni sblah je ngan janamanjung...stesen janakuasa kat perak yg gna arang batu....yg malunye bleh lak ak tnye dak2 ni masa tracking tu, "kilang ape tu yg kuarkan asap byk tue"...dgn slumber dak2 ni gelakkan ak...adoi....ak mne la tau tu adalah janamanjung....hahahaha....bermalam kat cni lg dahsyat...sampai banjir kemah...adoi....ujan lg la maknenye nie...dah la..penat citer pasal banjir...balik tu kak zah bgtau kitorg akan melalui 4 puncak...tp rendah dpd yg semalam...tp byk siot smpai 4 peak...ble dh smpai kat teluk batik tu...adoi tuhan saja yg tahu kebersyukuran kitorg...melepasi tahap kepenatan yg melampau...

pastu the last xpdc adalah solo camping....tempatnye dkt je...kat bukit sblah pantai teluk batik....tp kali nie 3 hari 2 mlm....adoi bosan yg amat....dh la masa nk setup kemah terceret tahi sape ntah....adoi sial tol....pastu ngan hujan xabes2 mencurah utk 2 mlm yg berturut2...pastu nk setup ungun api...adoi...nk masak nasik...sib baik ada matdu...die yg tlg ak masakkan nsi...hehehe...sori...cilok skit je kak Zah...

abes kat OBM ak blik dgn muka yg itam hangus sbb whaler ke ILSAS..esknye lapor diri kat stesen masing2, sbb dlm surat ak bgtau ak dpt kat HQ REMACO...tp malangnye semua tu adalah bohong smata2....kecewa ak ni ble dibagitau ak akan ditempatkan di jamananjung...mak oi...mne la ak ada sdara mara kat perak tu...tp terpaksa la g jgk sbb kalu nk blah g2 kna byr rm8k tue...xde duit ak sebanyak tu....

so skang ak dh mcm bdak praktikal kat TNB dlu ngan Arif kat TNB shah alam....kna ikut technician pastu wat report skit....bosan siot...yg tu xpe la 2 blan je...tp ak skang nie 1 thn beb....masak la ak kat sini ngan arang batu...hahahaha...xpe la, at least ak dpt keje...kalu igtkan kwn2 ak yg blum lg keje tu kesian jgk....

ok la...ak blah dlu la...dh lama sgt ni ak tulis....yg post l=kali ni tertunda sbb kat manjung ak xbuh lg tenet....

salam...

Saturday, November 7, 2009

milik kelantan kah???

salam...
kali ak rase kelantan akan menjuarai piala mesia....dh lama kelantan xmng piala....N9 mmg hebat jika dilihat pda barisan pemainnye...tp mlm ni mmg luck berada kpd kelantan...dgn semangan kental para pemainnye, tambah lg dgn penyokong yg sentiasa memberi semangan dan sokongan sepenuh hati kpd pasukan negeri, akan bersama2 berarak membawa piala mesia merentasi banjaran titiwangsa ke negeri yg dipanggil kelantan....ceewahhh...bermadah plop doh....
apa pon mlm ni akan ku tunggu siaran siaran langsung kat TV1 semesti nye sbb xsempat nk bli tket..(awl2 dh abes)..sorakan akan kedengaran dari setiap rumah org kelantan di seluruh pelusuk negara nnt...tunggukan kemunculan pasukan THE RED WORRIOR mengalahkan N9 dgn jaringan 2 berbalas 0...
wlam...