Saturday, June 15, 2013

Tribute to My Dad Hj Mustapha bin Hj Awang

Salam 1 Malaysia,

Malaysia secara amnya menyambut hari bapa pada hari Sabtu ketiga dalam bulan Jun. Oleh sebab itu, post kali ini adalah berkenaan dengan hari bapa. This is tribute to my only dad. Dilahirkan di Kampung Tok Junoh, sebuah kampung kecil di daerah Bachok, Kelantan pada tanggal 20 Jun 1950 dalam keluarga yang serba kekurangan dari segi wang ringgit mahupun limpahan nikmat kesenangan hidup tapi amat menitikberatkan aspek keagamaan dan pendidikan sehingga beliau dapat melanjutkan pengajian ke universiti. Sangat susah dapat melihat anak kampung yang serba kekurangan yang berusaha keras untuk melanjutkan pengajian ke menara gading pada masa itu disebabkan keterbatasan dari segi kewangan.




Beliau merupakan seorang ayah yang penyayang walaupun tidak ditunjukkan kepada semua anak-anaknya tapi kami tahu beliau amat penyayang. Beliau selalu menceritakan kepayahan hidup semasa beliau kecil seperti mendiami rumah yang serba kekurangan dan selalu berazam tidak mahukan anak-anak beliau mengharungi nasib yang sama seperti beliau kelak.

Dengan usaha yang berterusan, kesenangan dikecapi kini oleh beliau sekeluarga dan dengan itu saya sangat berterima kasih kepada Yang Maha Pencipta kerana telah mengurniakan seorang ayah seperti beliau.

Terima Kasih PAPA...


No comments: