Nama saintifik: Corvus corax (Common raven)
Era: Nabi Adam a.s.
Sinopsis: Setelah terjadinya pembunuhan pertama manusia (Habil dibunuh oleh Qabil, Allah telah mengutuskan burung gagak untuk mengajar Qabil cara untuk menanam mayat Habil).
Nama saintifik: Upupa epops
Era: Nabi Sulaiman a.s.
Sinopsis: Hud-hud telah berhasil menemukan Kerajaan Saba' yang diperintah oleh seorang ratu bernama Balqis. Mereka menyembah matahari. Setelah menerima utusan Nabi Sulaiman a.s., rombongan ratu Balqis berangkat untuk bertemu dengan pesuruh Allah itu. Lalu Allah mengurniakan hidayahNya yang tiada ternilai kepada Balqis dan pengikutnya untuk beriman dan mentauhidkan Allah, Sang Pencipta Matahari.
Spesis: Burung pipit
Nama saintifik: Passer (true sparrow)
Era: Nabi Ibrahim a.s.
Sinopsis: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.
Spesis: Merpati
Nama saintifik:Columbia livia (Rock Pigeon)
Era: Nabi Muhammad s.a.w.
Sinopsis: Ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi di dalam gua Tsur bersama Abu Bakar, mereka nyaris dikesan oleh kaum kafir Quraisy yang ikut mengejar. Mereka diyakinkan oleh sarang labah-labah yang dianyam kemas di pintu gua dan burung merpati yang bersarang di dalam gua tetapi tidak mengeluarkan bunyi(sebagaimana lazim, burung merpati berbunyi jika ada manusia berhampiran mereka)
Tentang hasanah
Subhanallah. Makhluk Allah yakni burung juga berusaha untuk membantu agama Allah S.W.T. Hal ini dirakamkan dalam kisah-kisah para Anbia' sepanjang sejarah mereka. Di sana terdapat pengajaran yang sangat besar yang boleh diteladani oleh manusia, umat Islam khususnya.
Saya suka untuk mengambil ‘ibrah(pengajaran) daripada contoh yang ditunjukkan oleh burung pipit semasa insiden Namrud cuba membakar Khalilullah, Nabi Ibrahim a.s. Sungguh, jika mahu mengira mengikut logik matematika, nisbah air yang dibawa oleh si burung pipit dengan api yang Namrud sediakan, hampir kepada sia-sia. Namun, Allah Azzawajalla Maha Adil dan Saksama. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah memandang dan mengambil kira usaha yang dilakukan.
Manusia jika menyertai satu-satu pertandingan, atau menduduki satu-satu peperiksaan, atau menyiapkan satu-satu tugasan, apa yang terdaya untuk dinilai hanyalah output kepada segala usaha yang tidak terukur. Biarlah usaha yang di belakang itu berlumur nista dan celaka, jika hasilnya baik, maka baiklah kata manusia. Walaupun ada yang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan yang terbaik, dengan cara baik, tetapi tidak berhasil, maka buruklah kata manusia biasa. Kerdilnya kita berbanding keadilan Allah Ta'ala.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri saat anda bertemu dengan saudara anda".
(Riwayat Muslim)
Tidak ada kebaikan yang boleh kita pandang enteng. Kita tidak pernah mengetahui dengan amalan apakah yang menjadi sebab kita diredhai Allah untuk masuk ke syurgaNya. Walaupun amalan itu dipandang kecil oleh manusia ramai, tetapi jika Allah berkenan (mungkin lantaran keikhlasan sang pelaku di saat itu) maka kita akan diganjari olehNya.
Saya amat terkesan dengan salah satu wasiat Luqman a.s. kepada anaknya. Katanya:
"...Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak."
Lalu berbuat baiklah, di mana sahaja kita berada dan berdaya. Jangan memperlekeh kebaikan yang dibuat oleh manusia lain sungguhpun ianya sedikit. Semoga Allah menggolongkan saya dan para pembaca yang budiman dalam kelompok manusia yang senantiasa melakukan kebaikan dan dipimpin-Nya.
No comments:
Post a Comment