Friday, August 28, 2009

Tema dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 2009



SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita telah masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.Justify Full
Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

1 Malaysia Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Sambutan ini akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata cadangan untuk mengadakan acara kemuncak sambutan itu di lokasi tertutup sebagai menghormati kehadiran Ramadan.

Beliau berharap semua agensi kerajaan, pejabat swasta, premis perniagaan dan kediaman akan mengibarkan bendera Malaysia sepanjang bulan Ogos. Rakyat Malaysia bukan tidak ada semangat patriotisme seperti rakyat Indonesia atau Thailand, tetapi mereka kurang berminat menggantung bendera. Setiap tahun kerajaan bersama agensi swasta terpaksa menggunakan pelbagai cara supaya rakyat melontarkan semangat patriotisme yang berkobar-kobar di dada dalam bentuk bendera.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Justeru itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.

Negara sudah 52 tahun merdeka, adakah minda kita juga sudah MERDEKA atau minda kita masih dijajah ???

Lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditukar berikutan penularan wabak selesema babi (H1N1) yang semakin meningkat selain bagi menghormati bulan Ramadan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, upacara sambutan itu mungkin akan diadakan di tempat yang lebih kecil iaitu di pekarangan Parlimen.

“Kita mempunyai dua pilihan iaitu sama ada di pekarangan Parlimen atau di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Parlimen merupakan pilihan pertama kita memandangkan kawasan itu tidak pernah diadakan majlis seumpama ini.

“Tetapi, jika ada halangan, mungkin kita akan pilih untuk adakan di pekarangan Bangunan Sultan Abdul Samad,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program MenjalurGemilangkan Kuala Lumpur 2009 di sini semalam.

Sumber Info : Kosmo! Online

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kemerdekaan, sila rujuk laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan ke-52. Sila Klik Di sini.


No comments: