Tuesday, October 6, 2009

penantian suatu penyiksaan

Salam....

Entry kali ini adalah berkisar berkenaan penantian ak dalam meniti hari2 mendatang yang penuh berliku dan juga curam.. Sebagai seorang manusia yang berkerjaya, ak tidak seharusnya mengeluh dgn keadaan kerja... Eh, mcm xmasyuk je ngan tajuk nie.. Hehehe...

Ak ni sbnarnye menanti2kan ble la HR TNB nk bgtau ak bleh masuk ke tak TNB... Apa la yg lmbat sgt nie... Bgtau je la.. Ape susahnye.... Ni ak tepon, die ckp tggu dlu la, bykkan bersabar la.... Ish, xtahan la ak dgn penantian yang amat perit nie... Hehehehe... Mcm ape la ayat ak nie....

Ak ni sbnarnye bukan je tggu result dpd TNB, tp jgk dpd MARA. Kat MARA ak mntak nk ngjar kat MRSM ataupon Kolej MARA. Tp xtau lak dpt ke x nye.. Tp xpe la sbb die dh bgtau siap2 ble result akan kuar, 12hb 10... Ni pn penantian jgk.... Ape la org yg slalu wat org lain ni tertunggu2....

Pape hal pon, kena la bykkan bersabar... Nnt smpai masa terbongkar jua akhirnye... Hahahaha....

Dh la.. Ngantok nie... Nk g mengular dlu... Chow...

Tuesday, September 29, 2009

Update for the life...

Salam,

Entry kali ni ak rasa mcm ada sesuatu yg kurang dlm diri la... Ak rasa bertepatan dgn tajuk, ak kena atau mesti update diri ak kepada sesuatu yang lain daripada biasa. Bak kata cikgu ak masa skolah dlu, anjakan paradigma dan juga lonjakan saujana. wah,wah,wah berpuitis plak dah... Hahaha...

Ye la, kalu diri kita ni berada pada tahap yg sama for the whole life, so, that is made people said "life is so boring". Sbg muslim, xde sbb kalu kita nk boring dalam hidup sbb sbg manusia kita mestilah melakukan sesuatu adalah krn Allah SWT dgn kata lain beribadat kpd Allah SWT. Kalu beribadat pn dh boring, that must be something missing in our ibadat. Bertazkirah plak ak nih.. Tp btol ape yg ak ckp nie, saling berpesan antara manusia pada jln Allah SWT adalah suatu kewajipan.

Alhamdulillah, ak pada sekitar jam 9.12am 29th of September 2009 berada pada tahap kewarasan yg melampau.. Hehe.... Oleh sbb itu ak merasakan berkewajipan utk ak update diri ke suatu tahap yg seoptimum mungkin dan ak gembira dan menanti2kan juga teruja utk melakukan itu.

Pada hari baik, bulan baik (Syawal) bersempena hari raya ni ak nk minta maaf zahir dan batin bg sesiapa yg slalu update or alert dgn blog ak nie semoga kita sentiasa bermaaf-maafan selamanya. Diharap jgn ada dendam antara kita wlaupun dlu kita adalah musuh yg ketat sekalipn... Hehe.. Ak rasa xde kot..


Tuesday, September 15, 2009

Aidilfitri datang menjelma lagi

salam....

aidilfitri kali ini mungkin amat bermakna utk ak sbb selama ni ak je dok collect duit raya dpd makcik-makcik dan pakcik-pakcik....tp kali ni ak plak kna bg duit raya...adoi...hehe..tp dgn perancangan selama 3 bulan bekerja ni ak masih boleh survive biarpun byk duit dihabiskan utk raya kali ini...

puasa pn xabes lg, ni plak dok sebok nak raya...zakat pon xbyr lg nie....thn ni selangor memperuntukkan pembayaran zakat sbyk RM7...ok la tu..kalu nk kena byr RM10 pn kire ok la sbb kalu dipikirkan org2 miskin yg xberduit tu lg la kesian...igt nk g byr ngan kwn..sbb xbiasa..nii bru dpt tau die dh byr tanpa pengetahuan ak.....eh eh eh...apa daa kwn mcm ni....

beraya pn beraya jgk, bju raya ak xbli pn lg nie...adoi...susah beb nk cri bju raya...definasi baju raya bg ak adalah sepasang baju melayu je...tu yg susah nk cri maju melayu yg btol2 sesuai ngan ak ni...kalu silap bli kain xelok...cpt koyak la....panas la...etc..nk bwk kwn yg reti nilai bju melayu yg bguih...hahaha...nk harapkan ak yg cri, ak ikot ske hati ak la...pastu dah terkena..dh xpakai..membazir je..

dh xsabar2 ni nk balik kg. tiket bas dh bli...ngan bas uitm..wlaupn dh xjd student uitm still lg nk ad kaitan ngan uitm...hahaha...apa daa...balik jumaat mlm..lepas keje..tp xtau la kol bape smpai..sbb dh byk experiences balik ngan bas carta nie...tulis je betolak kol 10 mlm..tp kol 12 xgerak lg...dh tu mcm mne nk smpai kol 6.00 or 6.30 pg esk nye...mcm thn lepas betolak kol 1 pg..smpai KB kol 12.00 tghari...subuh ntah kemana..raya tu raya jgk..ish ish ish...

persiapan kat umah pasal open house dgr2nye mama wat nasi dagang lg thn nie...wah..best nye..stahun skali bleh mkn nsi dgang yg tersedap n terlazat di dunia..ngan kuah ikan aya AKA ikan tongkol pastu ada gak ayam...tp ayam bukan feveret ak...wlaupn ske mkn ayam kebiasaanye.nnt open house bleh la ajakk kwn2 kat kg dtg bertandang kat umah...wah..lama xjmpa kwn2...tp yg xbest nye diorg kebanyakannye dh kawen dan ada gak yg akan kawen rya nie..hehe..ak ble lg??? soalan yg pasti terngiang-ngiang dlm benak fikiran ak...eh post kali ni berkisar pasal baraya..bukannye pasal kawen..nnt ak bukak pos lain utk kawen..hehehe...

hmmm...xde pape dh kot nk luahkan di cni...for the last but not least, di cni ak nk mntak maaf atas segala apa yg korg terasa selama korg baca posts ak nie dgn tidak sengaja ataupun disengajakan...hehehe...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

wassalam....

Wednesday, September 2, 2009

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

Salam,

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Friday, August 28, 2009

Tema dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 2009



SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita telah masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.Justify Full
Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

1 Malaysia Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Sambutan ini akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata cadangan untuk mengadakan acara kemuncak sambutan itu di lokasi tertutup sebagai menghormati kehadiran Ramadan.

Beliau berharap semua agensi kerajaan, pejabat swasta, premis perniagaan dan kediaman akan mengibarkan bendera Malaysia sepanjang bulan Ogos. Rakyat Malaysia bukan tidak ada semangat patriotisme seperti rakyat Indonesia atau Thailand, tetapi mereka kurang berminat menggantung bendera. Setiap tahun kerajaan bersama agensi swasta terpaksa menggunakan pelbagai cara supaya rakyat melontarkan semangat patriotisme yang berkobar-kobar di dada dalam bentuk bendera.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Justeru itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.

Negara sudah 52 tahun merdeka, adakah minda kita juga sudah MERDEKA atau minda kita masih dijajah ???

Lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditukar berikutan penularan wabak selesema babi (H1N1) yang semakin meningkat selain bagi menghormati bulan Ramadan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, upacara sambutan itu mungkin akan diadakan di tempat yang lebih kecil iaitu di pekarangan Parlimen.

“Kita mempunyai dua pilihan iaitu sama ada di pekarangan Parlimen atau di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Parlimen merupakan pilihan pertama kita memandangkan kawasan itu tidak pernah diadakan majlis seumpama ini.

“Tetapi, jika ada halangan, mungkin kita akan pilih untuk adakan di pekarangan Bangunan Sultan Abdul Samad,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program MenjalurGemilangkan Kuala Lumpur 2009 di sini semalam.

Sumber Info : Kosmo! Online

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kemerdekaan, sila rujuk laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan ke-52. Sila Klik Di sini.


Monday, August 24, 2009

kereta pilihan hatiku....

salam....

ak dah mcm dh termengidam la nk pkai keta...tgk dak umah ak dh pkai keta...malu lak rasa dok tumpang keta die je slalu...bukan stakat segan tp rasa tercabar pn ada gak...hehehe....tp kalu dok igt2 kan tang gaji ak yg xseberapa ni, mcm xde harapan lak nk pkai keta sepantas tu tanpa bantuan mak bapak ak....weekend ni ak nk balik..nk try ckp2 sket lah...hehe...mne la tau dpt..tp rasanye mcm mustahil la...ye la,ape xnye bli keta ni bepoloh2 ribu tau, bukannye bli keta mainan yg bepoloh hinggit jo....hehe....meh ak intro sket gambar2 keta yg dalam percatoran kepala ak nie....




the new honda city

2nd hand honda civic (sbb dh xde yg baru)

the new perodua myvi


anyone....???

what do you think??

Thursday, August 20, 2009

ramadhan yg penuh makna

Sempena tibanya bulan baik Ramadhan tidak lama lagi,
saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf jika


saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan maupun yang di sengaja,

saya ada menyakiti hati di antara anda semua,

saya ada terlanjur kata bila berbicara,

dan mohon halalkan makan & minum yg pernah anda berikan kepada saya selama ini,

dan juga mohon dihalalkan semuanya.


Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,
INSYAALLAH.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Kelebihan Solat Tarawih

  1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

    2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

    3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
    Para
    malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

    4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
    Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

    5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

    6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

    7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

    8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
    Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

    9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

    10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
    Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

    11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
    Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

    12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
    Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

    13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

    14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
    Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

    15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
    Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

    16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
    Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

    17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
    Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

    18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
    Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

    19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
    Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

    20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
    Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

    21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

    22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

    23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

    24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
    Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
    Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

    26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

    28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
    Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

    29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

    30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
    Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.